Aktiviti ini diadakan pada tarikh 30 Mei 2010. Sekolah kita melawati Negeri brunei Darussalam , Kita melawati negera itu 5 hari empat malam. Hari pertama kita melawati Royal Regalia. Di situ kita mempelajari tentang kehidupan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Selepas itu kita dibawa ke Masjid Hassanal Bolkiah.Kami akhiri lawatan kami pada hari ini dengan makan malam di sebuah restoran.Hari kedua, kita melawati Sekolah Junjongan.Di sana kita dapat belajari tentang kraf tangan mereka. Selepas itu kami diajar bagiman membuat kikik dalam bahasa Brunei atau layang-layang. Setelah itu kami dibawa ke Kilang sagu, kita belajar bagamana sebuk sagu menjadi ambuyat, makanan tradisional melayu.Kita juga makan ulat pokok rumbia.Cikgu Tuty, Cikgu Shah, dan Adil makan ulat yang masih hidup yang lain makan ulat yang sudah digoreng. Rasanya sedap. Selepas itu kita ke Tamu , di sana kita tidak dibenarkan membeli makanan yang telah dijual.Hari ketiga kita melawati Kampong Ayer.Jika kita hendak ke sana kita harus menaiki bot. Setelah melawati tempat itu, murid-murid dan guru lelaki pergi solat Jummaat di masjid Omar Ali Saifuddin.Selepas itu kita melawati Muzium Teknologi Melayu, di mana kami mempelajari tentang kehidupan orang di Kampong Ayer. Hari keempat, kita melawati Sekolah Junjongan lagi. Kita telah diberi peluang untuk bermainan tradisional seperti tarik upih, mussang , dan anak ayam dan lain-lain lagi.Selepas itu kita ke Muzium Brunei.Kemudian kita ke Gadong, beli belah dan kemudiannya kita balik ke Singapore.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan