Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Kenangan pahit
Tahun 2010 adalah tahun yang paling menyusahkan untuk saya kerana guru telah memberi kita banyak kerja rumah , kerja sekolah dan ada banyak aktiviti-aktiviti di sekolah.Tahun itu adalah apabila saya berada di dalam darjah lima. Mereka memberi kita banyak kerja untuk buat kerana mereka hendak kita bersiap untuk mengambil ujian PSLE yang kita akan mengikuti tahun hadapan. Tahun ini penting untuk kita semua kerana tahun hadapan kita akan mengadakan ujian PSLE. Kita harus bersedia untuk PSLE pada tahun ini kerana tidak lama lagi ujian tersebut akan datang . Kita juga harus fokus dalam pelajaran yang lemah dan subjek-subjek lain. Jika kita dapat markah yang bagus kita kemungkinan boleh memasuki sekolah menengah yang kita ingin. Jika kita gagal dalam peperiksaan akhir tahun untuk tahun hadapan kita tidak dapat pergi ke sekolah menengah kita harus tinggal di sekolah kita.
Kenangan manis

Saya telah menerima banyak pertolongan daripada kawan-kawan dan guru-guru saya apabila saya dalam kesusahan. Mereka juga telah memberi sokongan kepada saya.