Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Kenangan pahit
Tahun 2010 adalah tahun yang paling menyusahkan untuk saya kerana guru telah memberi kita banyak kerja rumah , kerja sekolah dan ada banyak aktiviti-aktiviti di sekolah.Tahun itu adalah apabila saya berada di dalam darjah lima. Mereka memberi kita banyak kerja untuk buat kerana mereka hendak kita bersiap untuk mengambil ujian PSLE yang kita akan mengikuti tahun hadapan. Tahun ini penting untuk kita semua kerana tahun hadapan kita akan mengadakan ujian PSLE. Kita harus bersedia untuk PSLE pada tahun ini kerana tidak lama lagi ujian tersebut akan datang . Kita juga harus fokus dalam pelajaran yang lemah dan subjek-subjek lain. Jika kita dapat markah yang bagus kita kemungkinan boleh memasuki sekolah menengah yang kita ingin. Jika kita gagal dalam peperiksaan akhir tahun untuk tahun hadapan kita tidak dapat pergi ke sekolah menengah kita harus tinggal di sekolah kita.
Kenangan manis

Saya telah menerima banyak pertolongan daripada kawan-kawan dan guru-guru saya apabila saya dalam kesusahan. Mereka juga telah memberi sokongan kepada saya.

Isnin, 25 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Saya akan berasa gugup kerana peperiksaan akhir tahun akan tiba. Dua minggu sebelum peperiksaan tiba, saya akan bersiap.Persiapan yang saya telah buat adalah:

-Saya akan mengulangkaji semua apa yang diajar.
-Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya saya dapat memasuki kelas yang bagus.

Bukan itu sahaja, saya akan membuat jadual peperiksaan supaya saya dapat mengatur masa dengan baik.Saya hendak lulus dalam peperiksaan ini kerana saya mahu ibubapa saya berasa bangga dan gembira terhadap saya.

Ahad, 24 Oktober 2010

Sajak Hujan

Ada yang berkata
engkaulah hujan
yang membasahi kita semua
dimanakah kamu, hujan?


Ada yang berkata
engkau turun dengan lebat
membawa air
dimanakah kamu , hujan?




Aku ingin tahu tentangmu
apatah daya aku berjumpa dengan kamu
aku hanya mahu berjumpa dengan kamu
engkaulah yang menghibur alam ini
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Hujan Air Batu

Saya pernah mengalami kejadian hujan air batu. Kejadian ini berlaku apabila ibu saya menyuruh saya membeli nasi. Saya sedang berjalan pulang ke rumah, tiba-tiba hujan berlaku.Pertama kali saya tidak merasa apa-apa di kepala saya.Tiba-tiba saya berasa yang ada benda yang sejuk di atas kepala saya dan ais batu mula jatuh dari langit. Saya merasa takut kerana takut cederakan kepala. Saya belari secepat mungkin ke kolong blok yang terdekat.Saya berasa selamat dan mula perjalanan ke rumah.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pencapaian-pencapaian saya

Pencapaian saya selama ini ialah saya dapat naikan markah matematik saya.Saya mencapai pencapaian ini dengan mengaturkan waktu saya.Saya ngatur waktu saya dengan membuat sebuah senarai jam berapa saya akan makan,membuat kerja sekolah dan sebagainya.Ibu dan bapa saya harap saya akan mara dalam markah subjek itu.Saya tidak peduli jika saya dapat tempat ketiga atau kedua itu cukup bagus untuk saya.

Isnin, 26 Julai 2010

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Kelas kita mengadakan kuiz bahasa melayu. Kuiz ini dilakukan di dalam kelas.Kuiz tersebut harus dilakukan pada hari Rabu kerana kita dapat menjadi pandai dalam bahasa tersebut.Kita juga tidak akan lupa tentang bahasa melayu dan kita dapat lulus dalam peperiksaan.Kuiz tersebut adalah tentang peribahasa dan lain-lain lagi. Pada pendapat saya kuiz ini akan membuat kita lebih pandai dalam bahasa tersebut.

Aktiviti '' bawa & Berborak "

Bagi aktiviti "Bawa dan Berborak" murid-murid disuruh bawa barang yang mereka hendak.Murid itu harus ceritakan tentang benda tersebut dan dia harus menyatakan kenapa dia hendak membawa barang itu.Semua orang dapat kesempatan membuatnya.

Perkhemahan Bahasa

Pada tahun 2008,sekolah kami pernah mengadakan program perkhemahan untuk darjah 6 selema dua hari. Murid-murid darjah 6 dapat bermain mainan tradisional Melayu. Mainan tersebut adalah tarik guni, pusing-pusing tepung,membuat wau, capteh, tayar basikal dan lain-lain lagi. Kami boleh tahu lebih tentang kaum Melayu.


Bengkel Penulisan Kreatif

Sekolah kita mengadakan bengkel penulisan kreatif. Bengkel Penulisan Kreatif diadakan untuk semua murid darjah lima. Bengkel penulisan Kreatif ini bagus untuk kita kerana ia boleh membuat kita lulus dalam subject tersebut.Bengkel Penulisan ini diadakan di dewan sekolah.

Pertandingan Blogging

Pertandingan blogging ini bagus untuk kita kerana blogging tersebut dapat membuat kita lebih tahu tentang bahasa kita sendiri.Pertandingan ini ialah apa yang saya lakukan sekarang. Pertandingan ini diminta bahawa semua murid di dalam kelas saya disuruh membuat blogging tersebut.Pertandingan blogging ini disuruh membuat 10 blogging.Blogging ini tentang bahasa Melayu kita , blogging ini dapat membuat ilmu kita tentang bahasa Melayu kita lebih banyak.

Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam

Aktiviti ini diadakan pada tarikh 30 Mei 2010. Sekolah kita melawati Negeri brunei Darussalam , Kita melawati negera itu 5 hari empat malam. Hari pertama kita melawati Royal Regalia. Di situ kita mempelajari tentang kehidupan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Selepas itu kita dibawa ke Masjid Hassanal Bolkiah.Kami akhiri lawatan kami pada hari ini dengan makan malam di sebuah restoran.Hari kedua, kita melawati Sekolah Junjongan.Di sana kita dapat belajari tentang kraf tangan mereka. Selepas itu kami diajar bagiman membuat kikik dalam bahasa Brunei atau layang-layang. Setelah itu kami dibawa ke Kilang sagu, kita belajar bagamana sebuk sagu menjadi ambuyat, makanan tradisional melayu.Kita juga makan ulat pokok rumbia.Cikgu Tuty, Cikgu Shah, dan Adil makan ulat yang masih hidup yang lain makan ulat yang sudah digoreng. Rasanya sedap. Selepas itu kita ke Tamu , di sana kita tidak dibenarkan membeli makanan yang telah dijual.Hari ketiga kita melawati Kampong Ayer.Jika kita hendak ke sana kita harus menaiki bot. Setelah melawati tempat itu, murid-murid dan guru lelaki pergi solat Jummaat di masjid Omar Ali Saifuddin.Selepas itu kita melawati Muzium Teknologi Melayu, di mana kami mempelajari tentang kehidupan orang di Kampong Ayer. Hari keempat, kita melawati Sekolah Junjongan lagi. Kita telah diberi peluang untuk bermainan tradisional seperti tarik upih, mussang , dan anak ayam dan lain-lain lagi.Selepas itu kita ke Muzium Brunei.Kemudian kita ke Gadong, beli belah dan kemudiannya kita balik ke Singapore.





Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Hari ini, 21 Julai 2010 sekolah kita telah mengadakan pesta Hari Keharmonian Kaum. setiap kelas diminta berkumpul di dewan sekolah . Guru itu bercakap tentang Hari Keharmonian Kaum. Dia bercakap tentang kaum-kaum yang lain. Kaum -kaum yang lain terdapat kaum Cina , kaum Melayu, Kaum India dan lain- lain lagi. Kaum Meleyu terdapat benda-benda tradisional seperti makanannya rendang , sambal goreng dan lain-lain lagi. Di dalam kaum Melayu terdapat kebanyakan Muslim , orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Haji. Pada kesambutan Hara Raya Aidilfitri , semua anak-anak muda akan minta ampun kepada orang yang lebih tua daripadanya. Pada Hari Haji kebanyakan orang pergi ke Mekah. Kuam India akan menyambut Hari Deepavali. Makanan orang India adalah putu mayam dan lain-lain lagi.

Ahad, 18 Julai 2010

Pengalaman saya semasa peraduan Piramida

Sekolah saya telah mengadakan peraduan Piramida. Kita mengadakan peraduan tersebut pada 13 Julai 2010. Peraduan ini mengadakan 4 orang dari sekelas. 4 murid kelas saya masuk dalam peraduan tersebut ialah Amirah , Nurul Huda , Haidi dan Ris Mateen. Di dalam peraduan tersebut terdapat 4 kelas . Cara bermain Piramida adalah pertama terdapat 2 kerusi berpandang satu sama lain. Satu kerusi akan berpandang penonton yang lagi satu akan berpandang skrin . Selepas peraduan itu selesai pemenangnya akan diberitahu, semua murid yang masuk dalam peraduan tersebut diminta menaik ke pentas sekolah untuk penghumumkan pemenangnya. Akhirnya kels kita menang.

Jumaat, 9 Julai 2010

Peraduan

Bahasa Melayu telah mengadakan peraduan 'Sahiba'. Sahiba adalah permain melayu. 4 orang atau lebih boleh main permainan sahiba. Sekolah kita telah mengadakan peraduan ini tahun lalu. 4 orang telah masuk di dalam permainan ini iaitu Nurul Atiqah , Nur Amirah ,Sarah dan Athirah. Permainan ini seronok kerana dapat membaguskan dalam bahasa Melayu. Tahun lalu sebelum kita ada peraduan tersebut kita harus mempelajari caranya bermain.

Rabu, 30 Jun 2010

Aktiviti Bahasa Melayu

Semasa saya darjah dua, kawan-kawan saya telah dipilih untuk memasuki peraduan bercerita. Walaupun saya tidak dapat memasuki peraduan itu, saya dapat menonton kawan-kawan saya berlakon. Lakonan mereka sangat bagus. Saya rasa yang peraduan ini amat bagus kerana mereka harus menghafal dialog-dialog tersebut.