Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Kenangan pahit
Tahun 2010 adalah tahun yang paling menyusahkan untuk saya kerana guru telah memberi kita banyak kerja rumah , kerja sekolah dan ada banyak aktiviti-aktiviti di sekolah.Tahun itu adalah apabila saya berada di dalam darjah lima. Mereka memberi kita banyak kerja untuk buat kerana mereka hendak kita bersiap untuk mengambil ujian PSLE yang kita akan mengikuti tahun hadapan. Tahun ini penting untuk kita semua kerana tahun hadapan kita akan mengadakan ujian PSLE. Kita harus bersedia untuk PSLE pada tahun ini kerana tidak lama lagi ujian tersebut akan datang . Kita juga harus fokus dalam pelajaran yang lemah dan subjek-subjek lain. Jika kita dapat markah yang bagus kita kemungkinan boleh memasuki sekolah menengah yang kita ingin. Jika kita gagal dalam peperiksaan akhir tahun untuk tahun hadapan kita tidak dapat pergi ke sekolah menengah kita harus tinggal di sekolah kita.
Kenangan manis

Saya telah menerima banyak pertolongan daripada kawan-kawan dan guru-guru saya apabila saya dalam kesusahan. Mereka juga telah memberi sokongan kepada saya.

Isnin, 25 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Saya akan berasa gugup kerana peperiksaan akhir tahun akan tiba. Dua minggu sebelum peperiksaan tiba, saya akan bersiap.Persiapan yang saya telah buat adalah:

-Saya akan mengulangkaji semua apa yang diajar.
-Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya saya dapat memasuki kelas yang bagus.

Bukan itu sahaja, saya akan membuat jadual peperiksaan supaya saya dapat mengatur masa dengan baik.Saya hendak lulus dalam peperiksaan ini kerana saya mahu ibubapa saya berasa bangga dan gembira terhadap saya.

Ahad, 24 Oktober 2010

Sajak Hujan

Ada yang berkata
engkaulah hujan
yang membasahi kita semua
dimanakah kamu, hujan?


Ada yang berkata
engkau turun dengan lebat
membawa air
dimanakah kamu , hujan?




Aku ingin tahu tentangmu
apatah daya aku berjumpa dengan kamu
aku hanya mahu berjumpa dengan kamu
engkaulah yang menghibur alam ini
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Hujan Air Batu

Saya pernah mengalami kejadian hujan air batu. Kejadian ini berlaku apabila ibu saya menyuruh saya membeli nasi. Saya sedang berjalan pulang ke rumah, tiba-tiba hujan berlaku.Pertama kali saya tidak merasa apa-apa di kepala saya.Tiba-tiba saya berasa yang ada benda yang sejuk di atas kepala saya dan ais batu mula jatuh dari langit. Saya merasa takut kerana takut cederakan kepala. Saya belari secepat mungkin ke kolong blok yang terdekat.Saya berasa selamat dan mula perjalanan ke rumah.